Tuesday, January 21, 2014

Rendang Ayam (Homemade Rendang Gravy)

1 kg ayam (bersihkan)
2 sudu besar kerisik
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
1 keping asam keping
1/2 kotak santan kotak (size kecil)
garam dan gula secukup rasa


bahan kisar hingga halus:
1 inci halia
2 biji bawang besar
2 batang serai
2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
4 inci lengkuas
10 biji cili api
sedikit air

cara-cara:
panaskan kuali. masukkan bahan kisar dan ayam dan kacau sebati.
bila air ayam dah agak kering, masukkan kerisik, asam keping dan santan.
tambah air mengikut kesukaan. masak sampai naik minyak ataupun sehingga agak kering.
perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. bila semua bahan dah sebati, masukkan daun kunyit dan kacan sehingga sebati.

sekarang, ianya siap untuk dihidangkan.

*sekarang tak perlu nak beli paste bagai. buat sendiri kan lagi senang. instant paste tu belum tentu baik untuk kesihatan.

ahaks...:)

No comments:

Post a Comment