Tuesday, January 21, 2014

Ayam Masak Merah

1kg ayam (bersihkan dan goreng sehingga setengah masak)
1 biji bawang besar (dimayang bulat)
4 biji cili api (untuk hiasan)
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 batang serai (dititik)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 keping asam keping
1 biji tomato (dibelah empat)
1 mangkuk air
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis (boleh gunakan minyak goreng ayam)

bahan untuk dikisar halus:
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
20 biji cili kering (direbus)
sedikit air

cara membuat:
Panaskan minyak dan masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga. Masak sehingga naik bau. Selepas itu, angkat kesemua bahan ini supaya rasa tidak terlalu kuat. Kemudian masukkan bahan kisar dan 1 mangkuk air. Masakkan sampai naik minyak dan agak kering serta cili telah betul-betul masak.

Bila bahan kisar dh masak, masukkan gula, garam, sos cili, sos tomato, asam keping dan juga serai yang dititik. Kacau sehingga rata dan sesuaikan rasanya.

Bila semua dah rasa ok dan secukup rasa, masukkan ayam yang telah digoreng tadi, cili api, bawang mayang dan tomato. Kacau sehingga rata dan biarkan sekejap. Bila semua bahan sudah sebati, tutup api dan ianya sudah siap untuk dihidangkan.














No comments:

Post a Comment