Khasiat buah anggur hitam ni di antaranya :
1. Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Buah anggur hitam dapat menghambat kolestrol jahat dalam darah dan menjadikan pembuluh darah bebas daripadanya dan menjadi sihat.
2. Menjaga kesihatan organ pankreas
- Pesakit diabetes boleh mengamalkan pengambilan anggur hitam sebagai salah satu perubatan herbal dari dalam. Ini kerana buah anggur hitam ini mampu menurunkan kadar gula dalam darah.
3. Mengatasi gangguan ginjal
- Buah anggur hitam ini mampu menghilangkan kadar asam yang terlalu berlebihan pada ginjal
4. Meredakan migrain
- Caranya dengan meminum jus anggur tanpa gula setiap hari. Pengambilan ubat tahan sakit dengan kerap akan menimbulkan berbagai kesan sampingan pada jangka panjang.
5. Mengatasi gangguan pencernaan
- Ini kerana anggur hitam mengandungi selulosa, asam organik dan kandungan gula yang rendah dapat dijadikan sebagai pencair najis bagi mereka yang mengalami masalah ketidakhadaman dan sembelit.
Waahhh.. Bagus rupanya buah anggur hitam ni.. Banyak khasiatnya, sedap pulak tu.. Pagi-lagi yang manis dan tak ada bijik.. Sekilo makan pun tak terasa.. Tapi tak leh makan sekali gus.. Ada bahayanya jugak.. Semua makanan pun kalau di ambil terlalu banyak mendatangkan mudarat pada tubuh kita.. Jadi berpada-padalah.. Dalam hadis juga sudah disebut "berhentilah sebelum kenyang, makanlah sebelum lapar"
No comments:
Post a Comment