Tuesday, August 13, 2013

Kek Hati Pari (Kek Hati Parek)

Visit my colleague house for hari raya 2013 and remember that last year I was eating the same cake as well. This year mission is to steam this cake at my own baking centre a.k.a my house. Huhu hope that I will remember to buy all of this ingredients.

Loyang 9 inci
10 biji telur (4 biji putih telurnya dibuang)
16oz mentega (mentega Golden Churn)
9 gelas tepung gandum + 3 sudu teh soda bikarbonat (diayak bersama): 1 gelas tepung=125g
8 sudu besar gula hitam / browning sugar
1 kati / 600gm kismis hitam
1/2 tin susu pekat manis
6 gelas gula halus (ble kurangkan kepada 4 gelas jika tak suka manis sgt)

Cara-cara
1) Hiris halus kismis atau ditumbuk
2) Kemudian ambil segelas tepung gandum dan gaulkan bersama kismis itu. Asingkan.
3) Di dalam mangkuk adunan, putar mentega dan susu sehingga putih.
4) Di dalam mangkuk adunan lain, pukul telur bersama gula sehingga kembang dan berkrim.
5) Satukan kedua adunan dan putar lagi sehingga sebati.
6) Kemudian masukkan tepung (8 gelas ke dalam adunan tadi) dan gaul sebati.
7) Kemudian masukkan gula hitam dan gaul hingga sebati.
8) Akhir sekali masukkan adunan kismis dan tepung dan gaul sehingga sebati.
9) Sediakan pengukus. Gliskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan sedikit tepung. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalamnya dan tutup kemas dengan kertas foil.
10) Kukuslah kek ini selama 8 jam. Lapkan air pada penutupnya (sebaiknya tutup dengan kain atau tuala) tambahkan air (air panas/air suam) jika berkurangan.
11) Supaya kek tahan lama, selepas dikukus boleh lah dibakar sekejap selama 10-15minit dalam suhu 170'c. Sejukkan kek sebelum dipotong.

It looks easy and simple. I would love to try this cake out. You may do so too...Enjoy ur day ahead.

p/s: Will get my colleague to tell me the details of baking this cake to ensure that I won't end up in failure..



No comments:

Post a Comment